Cabutan Bertuah SSPN-i Plus

Semua pendeposit dari tarikh 1 Julai 2016 Sehingga 30 Jun 2017 layak untuk menyertai cabutan bertuah ini.

PERCUMA RM50 Pelajar Darjah 1 Tahun 2017

ISTIMEWA Untuk pelajar Darjah 1 Tahun 2017 akan menerima tambahan RM50 apabila Membuka akaun SSPN-i Plus. Rebut dan Daftar SEKARANG!!

Pakej Simpanan SSPN-i Plus

Pelan simpanan mampu milik di mana pakej terendah hanya RM30 iaitu Pakej Intan

Manfaat Takaful SSPN-i Plus

Dengan menyimpan dalam SSPN-i Plus, pendeposit akan mendapat perlindungan takaful bermula RM40,000 sehingga RM1 Juta.

Pilihan Tempat Untuk Membuat Simpanan Pendidikan

Perbezaan umum manfaat jika anda menyimpan di Bank, Akaun Pelaburan, Unit Amanah Dan SSPN-i Plus

Tuesday, August 1, 2017

15 Sebab Kenapa SSPN-i Plus Adalah Pelan Simpanan Pendidikan Terbaik!



1. Pelepasan Cukai Pendapatan
Berita baik untuk warganegara Malaysia yang membayar cukai kepada LHDN. Anda layak membuat tuntutan pelepasan Cukai LHDN dengan nilai maksima sehingga RM12,000.00 setahun

2. Dividen Simpanan Kompetitif
Pada tahun 2013 dan 2014, kadar dividen SSPN-i yang diumumkan oleh PTPTN adalah sebanyak 4.25%. Untuk tahun 2015 jumlah dividen yang diagihkan adalah sebanyak RM60.8 juta kepada semua pendeposit pada kadar 4% untuk setiap akaun yang dibuka.

3. Simpanan Dijamin
Kerajaan Kerajaan Malaysia akan menggantikan semula wang anda sekiranya organisasi SSPN-i atau PTPTN ditutup, disahkan bankrap atau mengalami kerugian. Oleh itu deposit di SSPN-i tidak lebur begitu sahaja seperti nasib yang berlaku kepada peserta Skim Cepat Kaya.

4. Manfaat Takaful
Dengan adanya manfaat takaful, belanja pendidikan anak dapat dilindungi dengan pampasan wang ringgit sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini kepada pendeposit.

5. Perlindungan Takaful SSPN-i Plus Sehingga RM1 JUTA
Pelan Pakej Berlian memberikan manfaat sehingga RM1,000,000.00 sekiranya berlaku kematian ke atas pendeposit.

6. Cabutan Wow SSPN-i Plus
Hadiah sehingga RM500,000 untuk dimenangi. Hadiah utama RM100,000 untuk cabutan PTPTN 20 Tahun

7. Simpanan Patuh Syariah
Status halal bagi produk simpanan dan takaful SSPN-i Plus telah mendapat pengesahan syariah oleh Islamic Banking and Financial Institution of Malaysia (IBFIM).

8. Khairat Kematian – (funeral expenses)

Sebanyak RM2,500.00 hingga RM18,000.00 diperuntukkan untuk khairat kematian yang meliputi pendeposit atau ahli keluarga terdekat. Untuk makluman – khairat kematian tersebut melindungi pendeposit, pasangan dan termsuk sehingga 3 orang anak.

9. Elaun Harian Hospital
Pendeposit layak menerima RM20 hingga RM200 elaun harian hospital berdasarkan pelan yang diambil sekiranya terpaksa bermalam di mana-mana hospital.

10. Takaful – Tidak Perlu Pemeriksaan Kesihatan
Secara umumnya bakal perserta tidak dikehendaki membuat pemeriksaan kesihatan untuk melayakkan diri untuk manfaat takaful. Walau bagaimanapun perserta dikehendaki menjawab 3 soalan untuk Pakej Berlian. Sekiranya terdapat “Ya” di antara soalan tersebut, pemohon dikehendaki memilih pakej lain.

11. Layak Memohon Pinjaman PTPTN
Pihak PTPTN telah menetapkan syarat pembukaan akaun SSPN sebagai syarat kelayakan pinjaman pendidikan.

12. Serendah RM30 Sebulan
Jumlah deposit minimum bulanan adalah serendah RM30. Oleh itu dengan formula simpanan RM1 sehari, pendeposit boleh menyimpan sambil menerima manfaat takaful.

13. Kad Kredit & FPX diterima
Buka akaun secara mudah pada bila-bila masa dengan kaedah pembayaran on-line. Bayaran bulanan melalui kad kredit atau perbankan internet FPX diterima.

14. Simpan Konsisten – Potongan Gaji / Auto-debit
(Tips tekini!) Bina tabung pendidikan anak anda dengan konsisten tanpa perlu urusan setiap bulan – Dengan menyatakan maklumat potongan gaji atau no akaun bank – SSPN-i Plus adalah setup & forget.

15. Jaminan Wang Dikembalikan
(Tips!) Sekiranya berubahh fikiran. Anda boleh menutup akaun dalam masa 15 hari. Pulangan deposit 100%.



 Daftar SSPN-i Plus Online

Friday, July 14, 2017

Menang Pangsapuri RM500,000 Cabutan Wow SSPN-i Plus


PENGERUSI PTPTN, Datuk Shamsul Anuar Nasarah (dua dari kanan) menyampaikan hadiah kepada Bee Hong pada Majlis Mesra Bersama Pelanggan dan Pelancaran Cabutan Wow SSPN-i hari ini. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Kakitangan Media Prima, Oii Bee Hong, 51, mendapat durian runtuh memenangi sebuah pangsapuri bernilai RM500,000 dalam cabutan Wow SSPN-i Plus Tahunan 2015/2016 selepas membuka akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i Plus), Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Disember lalu.

Bee Hong yang masih terkejut dengan kemenangan itu, berkata beliau tidak pernah mengimpikan untuk memenangi hadiah cabutan bertuah berkenaan kerana niat membuka akaun itu hanya menyimpan untuk masa depan pendidikan anaknya yang berusia 17 tahun.

"Saya membuka akaun SSPN-i semasa pihak PTPTN mengadakan pameran di pusat beli-belah dan tertarik dengan penjelasan daripada pegawainya terhadap skim berkenaan dengan banyak manfaat terdapat seperti insurans dan pelepasan cukai.

"Menabung ini sangat baik terutama untuk mendidik anak supaya mereka menyimpan secara berdisiplin demi masa depan pendidikan mereka. Saya menabung RM100 sebulan," katanya ketika di temui di Majlis Mesra PTPTN bersama Pelanggan dan Pelancaran Cabutan Wow! SSPN-i Plus, di sini, hari ini.

Beliau berkata, pangsapuri yang terletak di Shah Alam itu berkemungkinan akan disewakan atau dijual dan menggunakan hasil itu untuk membiayai kos pendidikan anaknya yang akan melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Penulis : Nadia Hamid dan Nur Fatin Mohd Satar
Sumber : Berita Harian Online


Cara Mudah Daftar Akaun SSPN-i Plus 

Secara Online


 Daftar SSPN-i Plus Online

Wednesday, April 26, 2017

PTPTN Yakin Kutipan RM4 Bilion Dapat Dicapai


PENGERUSI PTPTN, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah hadir pada majlis penyampaian sumbangan tanggungjawab sosial korporat (CSR) PTPTN berupa peralatan katil pesakit, sudut bacaan dan permainan kanak-kanak bernilai RM20,000 kepada pihak Klinik Kesihatan Lenggong, hari ini. - Foto D J Dolasoh


LENGGONG: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yakin sasaran kutipan bayaran balik pinjaman sebanyak RM4 bilion tahun ini akan tercapai.

Pengerusinya, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, ia kerana pelbagai usaha dilakukan bagi mendapatkan balik pinjaman berkenaan sejak beberapa tahun lalu hingga kutipan mencatat RM3.4 bilion berbanding sasaran RM2 bilion tahun lalu.

"Ini satu petanda baik bahawa pinjaman diberikan ini akan diperolehi dalam jangka masa yang ditetapkan dan yakin dengan kejujuran peminjam demi untuk membantu generasi akan datang supaya dapat menikmati kemudahan pinjaman sama.

"Justeru, tahun ini kita menyasarkan sebanyak RM4 bilion dapat dibayar balik peminjam dan berharap peminjam dapat memberi kerjasama demi melihat lebih ramai berpeluang belajar ke peringkat lebih tinggi," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan tanggungjawab sosial korporat (CSR) PTPTN berupa peralatan katil pesakit, sudut bacaan dan permainan kanak-kanak bernilai RM20,000 kepada pihak Klinik Kesihatan Lenggong di klinik berkenaan di sini hari ini. 

Turut hadir, Timbalan Ketua Eksekutif (Dasar dan Operasi) PTPTN, Mastura Mohd Khalid; Pengurus Besar Kanan, Jabatan Pemasaran dan Komunikasi Stategi PTPTN, Abdul Ghaffar Yusop; Timbalan Pengarah (Pengurusan) Jabatan Kesihatan negeri, Dr Muaz Zawawi; Pegawai Kesihatan Daerah Hulu Perak, Dr Marina Kamaruddin dan Pakar Perubatan Keluarga Klinik Kesihatan Lenggong, Dr Sofiah Zainal Abidin.

Shamsul Anuar yang juga Ahli Parlimen Lenggong berkata, pihaknya turut komited terhadap jumlah penyimpan dengan sasaran 350,000 akaun baharu di bawah Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i Plus) tahun ini apabila pelbagai insentif diberikan termasuk pembayaran dividen tertinggi iaitu sebanyak empat peratus tahun lalu.

Mengenai program CSR berkenaan, beliau berkata PTPTN melalui program CSR berkenaan menyumbangkan peralatan seperti katil wad bersalin yang turut membawa mesej dan untuk meyakinkan ibu bapa supaya terus membuka tabungan kepada bayi mereka seawal sehari kelahiran anak mereka itu.

"Ini pemberian kedua selepas Hospital Sungai Buloh, Selangor sebagai simbolik menggalakkan penabungan seawal usia sehari kerana ia menjamin masa depan bayi berkenaan dari segi kemudahan untuk pembelajaran nanti," katanya.



 Daftar SSPN-i Plus Online

Tuesday, April 25, 2017

SSPN-i Plus Bantu Anak Capai Cita-Cita




Dalam kerancakan lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mencari tempat untuk melanjutkan pelajaran, ibu bapa mula berkira-kira mengenai pembiayaan pelajaran anak mereka. Kewangan yang tidak mencukupi untuk membiayai anak melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi ialah fenomena yang semakin signifikan pada hari ini.

Ketidakcukupan dana pendidikan menyebabkan anak terpaksa menolak tawaran pengajian, membuat pinjaman, bekerja sambil belajar atau memohon bantuan zakat. Lebih malang ialah terpaksa memohon derma daripada orang ramai semata-mata untuk membayar yuran pendaftaran masuk universiti.

Antara punca yang dikenal pasti menyebabkan keadaan ini ialah kos sara hidup yang semakin tinggi. Berdasarkan laporan Jabatan Perangkaan, dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini, kos sara hidup meningkat kepada 63 peratus. Bagi isi rumah berpendapatan RM2,000 dan ke bawah, sebahagian besar perbelanjaan adalah ke atas makanan, minuman, perumahan dan utiliti asas.

Keadaan ini menyebabkan peruntukan bagi belanja pendidikan adalah paling kecil. Selain kos sara hidup yang tinggi, anak yang tidak berpeluang ke universiti awam terpaksa berdepan dengan yuran kolej swasta yang jauh lebih tinggi. Bagi kursus yang popular seperti pengurusan perniagaan, kejuruteraan, perubatan dan pergigian, yurannya antara lima hingga 20 kali ganda lebih tinggi. 

Peluang biasiswa yang semakin terhad dan ketat menjadikan hal ini bertambah meruncing. Bagaimana masalah ketidakcukupan dana pendidikan boleh diselesaikan?

Simpanan pada awal usia  

Satu daripada kaedah yang dicadangkan ialah ibu bapa perlu membuat simpanan pada awal usia anak mereka. Tabungan boleh dibuat dalam akaun simpanan, pelaburan atau saham amanah. Namun, simpanan hanya boleh dilakukan selagi ibu bapa sihat, bekerja dan menyimpan dengan konsisten. 

Sekiranya berlaku musibah yang tidak diingini seperti kematian, hilang upaya kekal atau dijangkiti penyakit berbahaya sudah tentu aktiviti menyimpan tergendala dan tidak dapat diteruskan. Kebanyakan mekanisme simpanan yang ada masih belum mengambil kira kebarangkalian kejadian ini berlaku.

Sehubungan itu, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memperkenalkan satu produk simpanan yang mempunyai elemen tabungan dan perlindungan iaitu Skim Simpanan Pendidikan Nasional-i Plus (SSPN-i Plus).

Tiga objektif utama SSPN-i Plus ialah membantu ibu bapa menyelesaikan masalah dan kesulitan kewangan apabila anak melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi, membantu meringankan beban waris apabila pendeposit meninggal dunia atau mengalami musibah yang tidak diduga dan membudayakan amalan menabung dan tidak mengharapkan pinjaman.

Skim simpanan ini menawarkan 12 keistimewaan yang tidak dapat diperoleh daripada skim simpanan lain. Keistimewaan ini termasuk patuh syariah, pelepasan taksiran cukai sehingga RM12,000, mampu dimiliki dengan bayaran serendah RM30, dividen kompetitif, tidak mengenakan pemeriksaan kesihatan kepada pendeposit untuk mendapatkan perlindungan, manfaat kematian/keilatan kekal, khairat kematian kepada pasangan dan tiga anak, manfaat 36 penyakit kritikal, elaun harian hospital, perlindungan 24 jam di seluruh dunia, layak memohon pinjaman PTPTN dan simpanan dijamin kerajaan.

Enam pelan simpanan  

SSPN-i Plus menyediakan enam pelan simpanan sesuai dengan kemampuan pendeposit. Pelan yang paling rendah ialah RM30 sebulan dengan elemen simpanan bernilai RM20 dan elemen perlindungan RM10. Mereka yang mempunyai kemampuan lebih tinggi boleh memilih pelan yang lebih mewah iaitu bernilai RM500 sebulan dengan elemen simpanan sebanyak RM200 dan elemen perlindungan RM300.

Jumlah yang terkumpul dalam elemen simpanan adalah hak mutlak pendeposit. Sementara itu, jumlah perlindungan diterima berkadaran dengan nilai yang disumbangkan dalam elemen perlindungan.

Elemen perlindungan di bawah SSPN-i Plus mengguna pakai konsep takaful kelompok. Jenis perlindungan termasuk kematian biasa dan akibat kemalangan, hilang upaya, penyakit kritikal dan elaun harian masuk hospital.

Jumlah perlindungan yang diberikan ialah serendah RM10,000 sehingga maksimum RM1,000,000. Pendeposit biasanya terdiri daripada ibu bapa atau penjaga sah yang berumur 18 tahun ke atas sehingga mencapai 64 tahun.

Penerima manfaat terdiri daripada anak sendiri atau dalam jagaan yang sah, berumur satu hari sehingga mencapai 29 tahun. Ciri-ciri yang dimiliki oleh SSPN-i Plus menjadikannya pelan pendidikan yang komprehensif bagi setiap lapisan masyarakat.

Walaupun produk ini diperkenalkan pada 2015, SSPN-i Plus masih asing dalam kalangan masyarakat. Penyertaan masyarakat dalam skim ini masih rendah terutama dalam kalangan Bumiputera. Keadaan ini disebabkan oleh kurang kesedaran mengenai kepentingan menyimpan dan pengetahuan produk simpanan yang tepat dan sesuai.

PTPTN sedang giat melaksanakan taklimat dan kempen bagi memberi pendedahan kepada masyarakat peri pentingnya menyimpan pada awal usia, sekali gus memperkenalkan SSPN-i Plus kepada umum.

PTPTN juga mendapat kerjasama daripada beberapa agensi kerajaan dan bukan kerajaan dalam usaha untuk menggalakkan penyertaan dalam skim simpanan komprehensif ini.

Secara kesimpulannya, SSPN-i Plus mampu membantu ibu bapa merealisasikan harapan, cita-cita dan masa depan anak mereka.

Sumber : Prof Madya Dr Rubayah Yakob adalah Pensyarah di Program Perkhidmatan Kewangan dan Pengurusan Risiko, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, UKM


 Daftar SSPN-i Plus Online

Monday, April 10, 2017

SSPN-i Tabung Pendidikan Terbaik Negara


DATUK Dr Shamsul Anuar Nasarah menyerahkan komputer riba kepada Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Salak TInggi, Sepang, Arbain Pinni ketika majlis penyerahan sumbangan CSR PTPTN bagi Program Pendidikan Khas Integrasi (Bermasalah Pembelajaran) di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Salak TInggi, Sepang. - Foto Mohd Fadli Hamzah


SEPANG: Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) terbukti pilihan tabungan terbaik terbaik di negara ini. Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN), Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah, berkata PTPTN menetapkan 2017 sebagai 'Tahun Penabungan' bagi menggalakkan masyarakat membudayakan amalan itu, tanpa hanya bergantung kepada pinjaman.

Katanya kerajaan serius menggalakkan masyarakat mengamalkan budaya menabung, malah ia turut disebut oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak, dalam pengumuman Bajet 2017. "Dalam Bajet 2017, kerajaan memberi insentif geran sepadan secara percuma sebanyak RM50 kepada semua pelajar tahun satu sekolah bantuan penuh kerajaan, dalam bentuk deposit SSPN-i sehingga akhir tahun ini. "

Justeru, saya syorkan ibu bapa jadikan insentif ini sebagai dorongan untuk menabung dari sekarang," katanya kepada media selepas majlis Penyerahan Sumbangan Khidmat Sosial Masyarakat (CSR) PTPTN bagi Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Baru Salak Tinggi, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Eksekutif (Dasar dan Operasi) PTPTN, Mastura Mohd Khalid; Pengetua SMK Bandar Baru Salak Tinggi, Arbain Pinni serta Yang Dipertua, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Bandar Baru Salak Tinggi, Helmy Arshad.

Sebanyak 10 unit 'ChromeBook' bernilai RM10,000 diserahkan PTPTN melalui program CSR bagi proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan kemudahan teknologi komunikasi maklumat (ICT) kepada 60 Murid Berkeperluan khas (MBK) di sekolah berkenaan.

Shamsul Anuar berkata, PTPTN bukan hanya sekadar menyediakan instrumen simpanan pendidikan, malah ia turut prihatin dalam setiap program CSR bagi memastikan kebajikan pelajar diutamakan. 

Beliau berkata melalui sumbangan itu, pihaknya berharap dapat memberi manfaat yang besar kepada pelajar dan pada masa sama, dapat menarik minat pelajar kepada konsep pembelajaran yang disampaikan guru di sekolah berkenaan.

"Bagi menggalakkan penabungan, PTPTN turut menawarkan Cabutan Wow! SSPN-i Plus dengan menawarkan lebih 300 hadiah menarik bernilai RM1.5 juta untuk dimenangi orang ramai menerusi dua katogeri cabutan iaitu Cabutan Tahunan dan Cabutan Suku Tahunan, yang menawarkan hadiah utama sebuah Proton Perdana serta kedua, Toyota Vios.



 Daftar SSPN-i Plus Online

Saturday, April 8, 2017

PTPTN Sasar 350,000 Akaun Baharu SSPN-i Plus


SHAMSUL (tengah) bergambar bersama pemenang pada Majlis Penyampaian Hadiah Wow! Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i Plus) Suku Tahun Kedua 2016/2017 di PWTC, Kuala Lumpur. - Foto Hafiz Sohaimi

KUALA LUMPUR: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memperkenalkan program Triple Plus bertujuan menyediakan platform kepada rakyat Malaysia menjana pendapatan menerusi produk PTPTN.

Pengerusi PTPTN, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah, berkata rakyat Malaysia perlu menjadi Ejen Pemasaran Online produk PTPTN untuk mendapat manfaat daripada program Triple Plus. "Triple Plus itu mempunyai tiga manfaat besar iaitu penabungan, perlindungan dan pendapatan.

"Program yang berkonsepkan seminar itu turut memberi peluang kepada PTPTN membantu pelajar yang telah menamatkan pengajian terutamanya peminjam PTPTN untuk menjana pendapatan sampingan dengan menyertainya," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyampaian Hadiah Wow! Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i Plus) Suku Tahun Kedua 2016/2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini hari ini.

Shamsul berkata, siri pertama Triple Plus bermula hari ini dan akan menjelajah ke 13 lokasi seluruh negara hingga Julai nanti.

Sementara itu, beliau berkata PTPTN menyasarkan sekurang-kurangnya 350,000 akaun baharu akan dibuka di bawah SSPN-i Plus dengan deposit berjumlah RM550 juta pada tahun ini.

SSPN-i Plus yang diperkenalkan pada Jun tahun lalu bukan hanya untuk simpanan pendidikan tetapi ia turut menawarkan perlindungan takaful, dividen serta mendapat pelepasan taksiran cukai hingga RM12,000 setahun dan patuh syariah.

Terdahulu, Shamsul menyampaikan hadiah kepada pemenang anugerah utama Hadiah Wow! SSPN-i Plus kepada Afdhual Shamsi, 46, yang memenangi sebuah kereta Honda Jazz 1.5l, manakala tempat kedua dimenangi Noor Hayati Mustafa, 40, yang membawa pulang wang tunai RM2,000.

Sumber - BERNAMA


 Daftar SSPN-i Plus Online