Cabutan Bertuah SSPN-i Plus

Semua pendeposit dari tarikh 1 Julai 2016 Sehingga 30 Jun 2017 layak untuk menyertai cabutan bertuah ini.

PERCUMA RM50 Pelajar Darjah 1 Tahun 2017

ISTIMEWA Untuk pelajar Darjah 1 Tahun 2017 akan menerima tambahan RM50 apabila Membuka akaun SSPN-i Plus. Rebut dan Daftar SEKARANG!!

Pakej Simpanan SSPN-i Plus

Pelan simpanan mampu milik di mana pakej terendah hanya RM30 iaitu Pakej Intan

Manfaat Takaful SSPN-i Plus

Dengan menyimpan dalam SSPN-i Plus, pendeposit akan mendapat perlindungan takaful bermula RM40,000 sehingga RM1 Juta.

Pilihan Tempat Untuk Membuat Simpanan Pendidikan

Perbezaan umum manfaat jika anda menyimpan di Bank, Akaun Pelaburan, Unit Amanah Dan SSPN-i Plus

Wednesday, November 5, 2014

Senarai Peminjam Tegar PTPTN Dalam CCRIS Mulai 1 Januari


KUALA LUMPUR: Mulai 1 Januari tahun depan, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan mengambil tindakan tegas untuk mengutip semula pinjaman dengan menyenaraikan peminjamnya dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Berpusat (CCRIS).

Perkara itu diumumkan Pengerusi PTPTN, Datuk Shamsul Anuar Nasarah pada satu sidang media di pejabat perbadanan itu di Wisma Chase Perdana, Jalan Semantan, Damansara Height, di sini, sebentar tadi.

Selaras penguatkuasaan itu kelak, peminjam yang mempunyai rekod pembayaran buruk berisiko sukar memperoleh kelulusan pinjaman dari semua institusi kewangan, termasuk bagi permohonan pinjaman peribadi, kad kredit, perumahan serta kenderaan.

Shamsul berkata, penyenaraian ini akan dibuat secara berperingkat, dengan permulaan CCRIS akan dikenakan terhadap 173,985 peminjam tegar PTPTN yang langsung tidak pernah menjelaskan pinjaman melebihi tiga tahun dari tarikh mereka patut membuat bayaran balik.

Beliau berkata, ia membabitkan tunggakan sebanyak RM1.23 bilion.

"Rasional penyenaraian PTPTN dalam CCRIS bertujuan untuk menggalakkan peminjam supaya lebih berdisiplin dan bertanggungjawab dalam membayar balik pinjaman. "Ia juga bagi memastikan komitmen bayaran bulanan peminjam dibuat dengan lebih konsisten," katanya.

Beliau berkata, langkah ini juga diputuskan selepas PTPTN mendapatkan pandangan pelbagai pihak termasuk kabinet, badan bukan kerajaan (NGO), mahasiswa serta jawatankuasa fiskal.

Samsul berkata, setakat ini, PTPTN perlu menyediakan peruntukan pinjaman pendidikan berjumlah RM5 bilion setahun bagi membiayai kos yuran dan sara hidup pelajar di Institut Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta.

Hadir sama pada sidang media itu, Ketua Eksekutif PTPTN, Agos Cholan. Sejak 1997 sehingga 30 September lalu, PTPTN sudah meluluskan pembiayaan pendidikan berjumlah RM48.36 bilion kepada lebih 2.1 juta pelajar.

Kelmarin, PTPTN mengumumkan langkah pengurangan jumlah pembiayaan pinjaman sebanyak lima dan 15 peratus kepada pelajar yang melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi mulai Sabtu lalu.

Ketua Pegawai Pemasaran dan Komunikasi Strategik PTPTN, Mastura Mohd Khalid, dipetik sebagai berkata pinjaman kepada pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) termasuk politeknik dikurangkan lima peratus, manakala institut pengajian tinggi swasta (IPTS) dikurangkan 15 peratus. 

Katanya, langkah pengurangan ini berikutan kekangan dana yang sedang dihadapi oleh PTPTN, selain terpaksa menampung pertambahan 50,000 peminjam baharu yang memulakan pengajian bulan ini.

Pada tahun ini juga, PTPTN dilaporkan menerima dana RM4 bilion, namun hanya cukup untuk membiayai 75 peratus peminjam baharu dan peminjam sedia ada, manakala baki 25 peratus lagi tidak akan mendapat pinjaman.

Sumber : Berita Harian Online


Cara Mudah Daftar Akaun SSPN-i Plus 

Secara Online


 Daftar SSPN-i Plus Online