Cabutan Bertuah SSPN-i Plus

Semua pendeposit dari tarikh 1 Julai 2016 Sehingga 30 Jun 2017 layak untuk menyertai cabutan bertuah ini.

PERCUMA RM50 Pelajar Darjah 1 Tahun 2017

ISTIMEWA Untuk pelajar Darjah 1 Tahun 2017 akan menerima tambahan RM50 apabila Membuka akaun SSPN-i Plus. Rebut dan Daftar SEKARANG!!

Pakej Simpanan SSPN-i Plus

Pelan simpanan mampu milik di mana pakej terendah hanya RM30 iaitu Pakej Intan

Manfaat Takaful SSPN-i Plus

Dengan menyimpan dalam SSPN-i Plus, pendeposit akan mendapat perlindungan takaful bermula RM40,000 sehingga RM1 Juta.

Pilihan Tempat Untuk Membuat Simpanan Pendidikan

Perbezaan umum manfaat jika anda menyimpan di Bank, Akaun Pelaburan, Unit Amanah Dan SSPN-i Plus

Monday, June 15, 2015

PTPTN Wajar Rangka Peraturan Wajib Potong Gaji


KAKITANGAN Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) membantu peminjam yang hadir di kaunter pejabat PTPTN Perak di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Ipoh. - Foto Muhaizan Yahya

ISU peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) culas bukan perkara baharu dan ia sudah lama berlaku. Namun, pendedahan akhbar ini iaitu seramai 33,552 kakitangan kerajaan pelbagai peringkat masih belum atau tidak pernah membayar langsung pinjaman pendidikan PTPTN mereka, amat mengejutkan.

Entah apa yang tidak kena di sini, kerana sebahagian daripada golongan terbabit dipercayai berada dalam gred 48, 51 dan 52 yang meraih gaji termasuk elaun antara RM6,500 hingga RM7,000 sebulan tetapi tidak pernah membayar hutang PTPTN mereka.

 Apakah ini teladan yang boleh dicontohi pelajar? Andai pegawai ini berkhidmat di agensi yang memberi pinjaman kewangan kepada orang ramai, bagaimana dia menasihatkan pelanggan untuk memastikan setiap pinjaman wang kerajaan itu perlu dilangsaikan dalam tempoh tertentu?

 Mungkin pihak PTPTN belum begitu tegas dalam usaha memungut balik pinjaman. Hanya November lalu, ia mengumumkan langkah menyenaraikan nama 173,985 peminjam yang gagal membayar balik pinjaman berjumlah RM1.23 bilion sejak lebih 11 tahun lalu, ke dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) mulai 1 Januari tahun ini.

Itu satu kemajuan dan langkah baik kerana selepas pengumuman itu, 18,253 peminjam tegar PTPTN tampil menyerah diri bagi mengelak rekod buruk mereka yang ingkar membayar pinjaman dipaparkan dalam CCRIS. CCRIS kendalian Bank Negara Malaysia (BNM) adalah rekod yang akan dirujuk semua institusi kewangan tempatan dalam proses semakan mereka terhadap pelanggan yang mahu membuat pinjaman, bagi menentukan kelayakan dan kemampuan individu tertentu membayar balik pinjaman.

Rasanya tindakan itu belum mencukupi, kerana ia sesuatu yang sudah berlaku. Pihak berkuasa atau PTPTN perlu merangka sesuatu mekanisme pencegahan atau tindakan awalan sebelum ia berlaku.

Apa yang patut dilakukan oleh pihak pengurusan PTPTN ialah merangka peraturan baru yang mewajibkan semua peminjam membayar balik pinjaman secara ansuran sebaik mendapat kerja selepas menamatkan pengajian, sama ada dalam sektor perkhidmatan awam atau swasta.

Wajibkan peminjam untuk menandatangani perjanjian atau surat kebenaran memotong gaji untuk dikuatkuasakan sebaik mendapat kerja - sama seperti caruman untuk Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Majikan yang gagal mencarum untuk pekerja menjadi kesalahan dari segi undang-undang. Tidak salah mekanisme yang sama dilaksanakan untuk peminjam PTPTN. Hanya menerusi undang-undang akan menyelesaikan masalah culas bayar ini.

Adalah tidak adil untuk orang lain yang memerlukan wang pinjaman PTPTN, tetapi ada pihak tidak mahu membayarnya. Adat orang meminjam, mesti membayar balik. Beli kereta, kalau tak bayar, kereta boleh ditarik.

Bank boleh sita rumah jika pembelinya gagal membayar. Usaha menangani peminjam PTPTN yang culas ini juga memerlukan komitmen politik, bukan membuat kenyataan politik berbentuk 'populist' untuk meraih populariti dalam kalangan pelajar.

Ini bukan soal mencari populariti, ini soal mencari penyelesaian.

Tulisan : Kadir Dikoh
Sumber : Berita Harian Online


Cara Mudah Daftar Akaun SSPN-i Plus 

Secara Online


 Daftar SSPN-i Plus Online

Monday, June 8, 2015

Muhyiddin Lancar SSPN-i Plus Tawar Perlindungan Takaful


MUHYIDDIN melancarkan SSPN-i Plus di Dewan MATRADE, Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Muhd Zaaba Zakeria

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini melancarkan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) Plus, iaitu pelan simpanan pendidikan yang menawarkan perlindungan takaful dalam kemampuan dan komprehensif.

Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata, produk baharu yang diperkenalkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) itu akan memberi pelbagai keistimewaan, tidak membebankan selain memberi manfaat berganda kepada penyimpan.

"Saya difahamkan SSPN-i Plus menawarkan pelan simpanan pendidikan dengan pelbagai pilihan pakej perlindungan takaful serendah RM50 sebulan," katanya ketika berucap melancarkan SSPN-i Plus di sini, hari ini.

Beliau berkata, penyimpan dalam skim itu bukan sahaja melabur untuk tujuan pendidikan, malah mendapat perlindungan takaful, dividen yang amat kompetitif serta pelepasan taksiran cukai sehingga RM12,000 setahun serta patuh syariah.

Turut hadir Timbalan Menteri Pendidikan I, Datuk Mary Yap Kain Ching dan Pengerusi PTPTN, Datuk Shamsul Anuar Nasarah.

Sumber - BERNAMA



JOM....DAFTAR AKAUN SSPN-i PLUS SECARA ONLINE


 Daftar SSPN-i Plus Online