Cabutan Bertuah SSPN-i Plus

Semua pendeposit dari tarikh 1 Julai 2016 Sehingga 30 Jun 2017 layak untuk menyertai cabutan bertuah ini.

PERCUMA RM50 Pelajar Darjah 1 Tahun 2017

ISTIMEWA Untuk pelajar Darjah 1 Tahun 2017 akan menerima tambahan RM50 apabila Membuka akaun SSPN-i Plus. Rebut dan Daftar SEKARANG!!

Pakej Simpanan SSPN-i Plus

Pelan simpanan mampu milik di mana pakej terendah hanya RM30 iaitu Pakej Intan

Manfaat Takaful SSPN-i Plus

Dengan menyimpan dalam SSPN-i Plus, pendeposit akan mendapat perlindungan takaful bermula RM40,000 sehingga RM1 Juta.

Pilihan Tempat Untuk Membuat Simpanan Pendidikan

Perbezaan umum manfaat jika anda menyimpan di Bank, Akaun Pelaburan, Unit Amanah Dan SSPN-i Plus

Sunday, January 29, 2017

Guru Terima Sumbangan Takaful SSPN-i Plus RM170,037.20


MENTERI Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh (tiga kiri) bersama Ketua Eksekutif PTPTN, Wan Ahmad Wan Yusoff (kiri) menyerahkan sumbangan takaful kepada Ahmad Ruzaizi Mahmud, 46 (tiga kanan) yang baru sahaja kematian isterinya di kediamannya di Kampung Gong Kepas Dalam Jertih. - Foto Nurul Fatihah Sulaini

JERTIH : Seorang guru tidak menyangka akan mendapat manfaat perlindungan takaful SSPN-i Plus berjumlah RM170,037.20 bagi pihak isterinya yang meninggal dunia, Ahad lalu.

Ahmad Ruzaizi Mahmud, 46, berkata, isterinya, Masni Ngah @ Mohd Jaiz, 44, guru agama di Kolej Vokasional Besut, baru mencarum dalam skim itu sejak April tahun lalu sebelum meninggal dunia apabila kereta dipandu terbabas ke dalam parit di Jalan Paya Rawa, Kampung Raja, Besut, sebelum ditemui lemas 22 Januari lalu.

Ahmad Ruzaizi yang juga seorang guru di Sekolah Kebangsaan Beting Lintang berkata, arwah isterinya ada memaklumkan kepadanya mahu membuat caruman dalam simpanan itu untuk empat dari enam anaknya.

"Saya memberi galakan kerana caruman melalui pakej Intan sangat mampu milik iaitu hanya RM1 sahaja sehari atau komitmen RM30 sahaja setiap bulan.

"Pada waktu itu, saya memang tidak terfikir langsung mengenai manfaat perlindungan yang bakal diperoleh tetapi lebih kepada menekankan soal simpanan pendidikan masa depan anak-anak," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menerima kunjungan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh, bersama rombongan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi menyerahkan sumbangan itu di rumahnya di Kampung Gong Kepas Dalam di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Eksekutif PTPTN, Wan Ahmad Wan Yusoff, berkata melalui skim itu, arwah dilindungi manfaat perlindungan takaful (kematian akibat kemalangan) sebanyak RM160,000 bagi empat akaun anaknya.

"Selain itu, tambahan khairat kematian sebanyak RM10,000 dan juga nilai tunai bagi simpanan takaful dengan jumlah keseluruhan RM37.20.

Jumlah manfaat bergantung kepada pakej yang diambil paling minimum komitmen bulanan iaitu Intan (RM30), Delima (RM50), Topas (RM100), Zamrud (RM200), Nilam (RM300) dan maksimum Berlian (RM500)," katanya.

Tulisan : Nurul Fatihah Sulaini
Sumber : Berita Harian Online


Cara Mudah Daftar Akaun SSPN-i Plus 

Secara Online


 Daftar SSPN-i Plus Online

Wednesday, January 11, 2017

Waris Tak Perlu Bayar Baki Pinjaman PTPTN


KUALA LUMPUR : Waris peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) tidak perlu membayar balik baki pinjaman peminjam kerana dilindungi Skim Perlindungan Takaful Berkelompok.

Pengurus Besar Kanan, Jabatan Pemasaran dan Komunikasi Strategik PTPTN, Abdul Ghaffar Yusop, berkata apa yang perlu dilakukan ialah waris perlu memaklumkan sekiranya berlaku kematian atau keilatan kekal peminjam berkaitan kepada pihaknya.

Katanya, ia bagi membolehkan PTPTN menguruskan tuntutan dan memberikan manfaat takaful serta khairat kematian kepada waris berkenaan sebagaimana yang ditetapkan.

Beliau berkata, selain tidak perlu membayar baki pinjaman, waris juga akan menerima RM1,500 sebagai faedah khairat kematian. "Skim Pinjaman Pendidikan PTPTN dengan perlindungan takaful berkelompok adalah bertujuan melindungi peminjam.

"Sehingga 31 Disember 2016, seramai 6,682 peminjam dengan jumlah RM107.64 juta telah menikmati manfaat perlindungan takaful selain, tuntutan khairat kematian kepada 6,073 penuntut atau waris dengan jumlah RM7.52 juta," katanya.

Abdul Ghaffar berkata, setiap peminjam dikehendaki menanggung kos perlindungan takaful sebagaimana termaktub dalam perjanjian pendidikan menerusi potongan secara aotomatik apabila mengeluarkan wang pinjaman.

Beliau berkata, bagi peminjam yang sudah menamatkan pengajian pula, jika potongan sumbangan takaful didapati tidak mencukupi, caj tambahan bulanan akan didebitkan ke dalam akaun peminjam sebagai pinjaman tambahan.

Waris atau penuntut boleh membuat tuntutan takaful dengan melengkapkan Borang Permohonan Tuntutan Takaful di laman portal rasmi PTPTN www.ptptn.gov.com.my.

Borang permohonan berserta dokumen sokongan yang diperlukan hendaklah dikemukakan kepada Pejabat PTPTN Negeri atau mana-mana cawangan yang berhampiran.

Penulis : Nurul 'Aniqah Sazale
Sumber : Berita Harian Online


Cara Mudah Daftar Akaun SSPN-i Plus 

Secara Online


 Daftar SSPN-i Plus Online