Cabutan Bertuah SSPN-i Plus

Semua pendeposit dari tarikh 1 Julai 2016 Sehingga 30 Jun 2017 layak untuk menyertai cabutan bertuah ini.

PERCUMA RM50 Pelajar Darjah 1 Tahun 2017

ISTIMEWA Untuk pelajar Darjah 1 Tahun 2017 akan menerima tambahan RM50 apabila Membuka akaun SSPN-i Plus. Rebut dan Daftar SEKARANG!!

Pakej Simpanan SSPN-i Plus

Pelan simpanan mampu milik di mana pakej terendah hanya RM30 iaitu Pakej Intan

Manfaat Takaful SSPN-i Plus

Dengan menyimpan dalam SSPN-i Plus, pendeposit akan mendapat perlindungan takaful bermula RM40,000 sehingga RM1 Juta.

Pilihan Tempat Untuk Membuat Simpanan Pendidikan

Perbezaan umum manfaat jika anda menyimpan di Bank, Akaun Pelaburan, Unit Amanah Dan SSPN-i Plus

Monday, February 13, 2017

PTPTN Umum Dividen 4 Peratus Untuk SSPN-i Dan SSPN-i Plus Tahun 2016



KUALA LUMPUR: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengumumkan kadar dividen empat peratus bagi skim simpanan pendidikan SSPN-i dan SSPN-i Plus untuk 2016. 

Pengerusi PTPTN Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata pemberian dividen ini melibatkan anggaran peruntukan RM76.74 juta yang akan mula dibayar bulan ini. "Dividen ini akan memberi manfaat kepada lebih 2.7 juta pendeposit SSPN-i dan SSPN-i Plus," katanya kepada pemberita semasa mengumumkan pengagihan dividen pendeposit Skim Simpanan Pendidikan Nasional 2016, di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Eksekutif PTPTN Wan Ahmad Wan Yusoff. Shamsul Anuar berkata kadar dividen empat peratus bagi SSPN-i dan SSPN-i Plus tahun 2016 adalah berdasarkan kepada pulangan bersih pelaburan yang dibuat atas deposit yang diterima oleh PTPTN.

"Tahun 2016 merupakan tahun yang mencabar kepada semua pihak, namun PTPTN masih dapat mengekalkan kadar dividen SSPN-i dan SSPN-i Plus yang diberikan seperti tahun sebelumnya," katanya.

Shamsul Anuar juga berkata prestasi penabungan SSPN-i/SSPN-i Plus meningkat 9.2 peratus kepada RM544.49 juta pada 2016 berbanding RM498.61 juta pada tahun sebelumnya. "Ini menunjukkan bahawa terdapat kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk membuat penabungan bagi tujuan pendidikan tinggi," katanya.

Sejak dilancarkan pada 2004 sehingga Dis 31, 2016, 2.7 juta akaun SSPN-i dibuka dengan jumlah deposit lebih RM2.6 bilion. Bagi SSPN-i Plus yang dilancarkan pada 8 Jun 2015, 52,615 akaun dibuka dengan jumlah deposit terkumpul sebanyak RM15.8 juta, dengan jumlah manfaat perlindungan takaful sehingga 2.3 bilion direkodkan sehingga 31 Dis, 2016.

Untuk 2017, PTPTN menyasarkan kutipan deposit sebanyak RM550 juta menerusi penambahan pembukaan akaun baharu sebanyak 350,000 melalui kempen di seluruh negara, kata Shamsul Anuar. 

"Kita sedang giat menjelajah seluruh negara untuk meningkatkan jumlah deposit. Kita berharap rakyat memilih SSPN-i dan SSPN-i Plus, dan menyimpan secara konsisten dan agresif," katanya.

Sumber : BERNAMA




DAFTAR AKAUN SSPN-i PLUS SECARA ONLINE


 Daftar SSPN-i Plus Online

Friday, February 10, 2017

SSPN-i Plus Patuh Syariah, Lindungi Masa Depan Anak


AMALAN penabungan amat murni terutama apabila ibu bapa dikira sebagai menjalankan tanggungjawab berlandaskan galakan Islam terhadap ahli keluarga mereka. - Foto hiasan


MUNGKIN masih ada segelintir dalam kalangan ibu bapa yang menyimpan duit di rumah dalam tabung, tanpa mengambil kisah risiko akan kehilangan duit simpanan mereka.

Ada juga ibu bapa menyimpan dalam bank yang memberikan jaminan keselamatan kepada simpanan mereka. Ada juga ibu bapa membuat pelaburan di beberapa syarikat yang menawarkan skim pelaburan bergantung kepada selera risiko pelaburan mereka masing-masing.

Alhamdulillah, sekurang-kurangnya mereka peka kepada keperluan menyimpan untuk anak menyambung pelajaran di universiti atau di kolej. Itu yang penting.

Namun, penulis percaya masih ramai ibu bapa dalam masyarakat kita tidak mengetahui bahawa Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) ada menyediakan satu produk simpanan yang unik, khas kepada anak mereka, buat persediaan untuk memasuki universiti atau kolej.

Mereka yang celik maklumat, tahu akan mendapat manfaat yang terbaik apabila berkunjung ke PTPTN. Terlahir daripada hasrat ibu bapa yang meminta PTPTN menguruskan simpanan mereka bagi meneruskan pengajian anak ke universiti dan kolej pada masa depan, inisiatif diambil oleh PTPTN untuk menghasilkan satu produk simpanan yang menjurus ke arah pencapaian matlamat dan hasrat ibu bapa.

Produk patuh syariah  

Maka, lahirlah satu produk simpanan patuh syariah yang fokus kepada hasrat penyimpanan ibu bapa untuk pelaburan bagi pelajaran masa depan anak, yakni Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i). SSPN-i adalah asas kepada satu lagi produk terbaru PTPTN yang dikenali sebagai SSPN-i Plus, iaitu penambahan elemen takaful ke dalam SSPN-i.

Usaha murni PTPTN dalam membangunkan produk simpanan bersadur perlindungan, yakni SSPN-i Plus, membuka mata ramai ibu bapa bijak untuk menabung dalam produk yang 100 peratus patuh syariah ini. Apa tidaknya, apabila mereka menyimpan dalam SSPN-i Plus, sekali gus mereka secara langsung mendapat perlindungan dan manfaat takaful.

Tema 'Simpan dan Lindung' adalah tepat untuk menerangkan ciri SSPN-i Plus. Amalan penabungan seperti ini amat murni terutama apabila ibu bapa dikira sebagai menjalankan tanggungjawab berlandaskan galakan Islam terhadap ahli keluarga mereka. Pemberian manfaat takaful ini ternyata memberi sinar kepada masa depan pendidikan anak-anak apabila kehilangan ibu atau bapa mereka. 

Kisah ini berlaku baru-baru ini apabila seorang guru tidak menyangka mendapat perlindungan manfaat takaful SSPN-i Plus berjumlah RM170,037.20 bagi pihak isterinya yang meninggal dunia akibat lemas ketika daerah Besut, Terengganu dilanda banjir. Allahyarham membuat simpanan untuk empat anaknya sejak April 2016 lalu dengan simpanan RM30 seorang, iaitu hanya RM1 sehari. 

Untuk makluman, SSPN-i Plus adalah produk simpanan berkembar dengan produk takaful yang terhebat dalam industri kini, kerana ia terbukti memberi pulangan terbaik kepada ibu bapa dan anak mereka dari segi kemudahan, pulangan dan manfaat.

Antara manfaat yang dapat diringkaskan di sini, ialah pendeposit dan anak akan mendapat manfaat khairat kematian sehingga RM18,000 dansimpanan dijamin oleh kerajaan serta anak akan layak untuk memohon pinjaman PTPTN.

Kadar dividen kompetitif  

Sementara itu, setiap tahun PTPTN akan mengagihkan dividen yang jika dibandingkan dengan kadar pulangan akaun simpanan yang ditawar dalam industri, kadar dividen SSPN-i Plus adalah amat kompetitif.

Dividen yang diberikan ini juga adalah dividen yang halal kerana pelaburan dilakukan oleh Jabatan Pelaburan PTPTN adalah pelaburan kepada saluran pelaburan yang patuh syariah.

Tambahan pula, ibu bapa juga diberi pelepasan taksiran cukai sehingga RM12,000 oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Setahu penulis, hingga hari ini, masih tidak ada mana-mana produk simpanan dalam industri yang memberikan pelepasan taksiran cukai setinggi itu.

Di samping itu, dengan ada tambahan perlindungan takaful yang dikembarkan dengan produk SSPN-i, maka pendeposit akan mendapat perlindungan takaful sehingga RM1 juta bergantung kepada pakej yang diambil seperti pakej Intan, Delima, Topas, Zamrud, Nilam dan Berlian. Dengan komitmen serendah RM30 sebulan, pendeposit dilindungi polisi takaful.

Ibu bapa juga berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah istimewa dalam cabutan hadiah SSPN-i Plus. Setiap deposit RM50 ke dalam akaun, akan melayakkan pendeposit untuk mendapat satu peluang cabutan hadiah SSPN-i Plus. Cabutan hadiah ini adalah patuh syariah kerana ia tidak melanggar mana-mana kehendak syariah.

Untuk makluman, cabutan hadiah yang tidak dibenarkan syariat adalah cabutan yang berbentuk 'kena bayar untuk memasuki peraduan cabutan bertuah.'

Pelaburan berbaloi

Dalam SSPN-i Plus ini, tidak ada bayaran atau yuran dikenakan apabila pendeposit memasuki peraduan cabutan ini. Simpan sekurang-kurangnya RM50, maka pendeposit layak untuk memasuki cabutan hadiah. Maknanya, ia adalah percuma. Oleh yang demikian, cabutan hadiah ini adalah dibenarkan.

SSPN-i Plus yang menggunapakai kontrak Islam wakalah bil istithmar (urus untuk pelaburan) adalah satu produk PTPTN yang memang diolah khas untuk menjayakan hasrat ibu bapa memberikan peluang pembelajaran anak mereka di mana-mana universiti atau kolej dalam atau luar negara.

Penulis difahamkan dan pasti tiada produk lain yang patuh syariah serta menawar manfaat sebegini rupa dalam industri buat masa kini. Kalau pun ada, mungkin ia produk pelaburan yang pelbagai guna dan bukan produk yang fokus kepada anak untuk memasuki universiti atau kolej.

Sebagai ibu bapa yang bijak, menyimpan di SSPN-i Plus satu produk hasil keluaran PTPTN ini adalah yang terbaik. Ia juga mendapat pengesahan produk patuh syariah dari IBFIM, sebuah institusi yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia.

Jika hendak mengerjakan haji, simpanlah di Tabung Haji. Jika mahu simpan wang untuk hari tua, fikirkan KWSP. Tetapi, jika hendak menyimpan wang untuk pengajian anak, SSPN-i Plus adalah pilihan yang terbaik untuk mereka.

Diucapkan selamat menyimpan dan melabur untuk masa depan anak-anak dengan SSPN-i Plus. Pastinya, ia adalah satu pelaburan yang berbaloi untuk anak-anak kita sejajar konsep 'Simpan dan lindung'. Kita menyimpan dan mendapat perlindungan.

Sumber : Razli Ramli - Penulis ialah Ketua Penasihat Jabatan Penasihat Perniagaan (Syariah) Institut Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (IBFIM)



 Daftar SSPN-i Plus Online

Tuesday, February 7, 2017

PTPTN Keluarkan Tuntutan Perlindungan Takaful RM709,840


PENGERUSI PTPTN, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah (kanan) menyerahkan Manfaat Pelindungan Takaful dan Khairat Kematian Penabungan SSPN-i Plus dan SSPN-i kepada Mohammad Ilyas Nasir pewaris kepada Allahyarham Nasir Ali, 55, sambil diperhatikan oleh Pengurus Besar negeri, Pejabat PTPTN, Azizah Nasik (kiri), Pengurus Besar Kanan Jabatan Pemasaran dan Komunikasi Strategik, Abdul Ghaffar Yusop (dua kiri) dan Pengurus Pembangunan Perniagaan Hong Leong MSIG Takaful, Yassir Azlin (tiga dari kiri) di Majlis Penyerahan Manfaat Perlindungan Takaful SSPN-i PLUS & SSPN-i di UTC Terengganu, Paya Bunga Square, Kuala Terengganu. - Foto Rozainah Zakaria


KUALA TERENGGANU: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengeluarkan tuntutan perlindungan insurans takaful di bawah Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i Plus) sebanyak RM709,840 kepada 65 penyimpan.

Pengerusi PTPTN, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, sehingga Januari lalu, PTPTN menerima sebanyak 65 tuntutan perlindungan insurans takaful daripada waris pendeposit.

Katanya, sejak SSPN-i Plus dilancarkan Jun 2015 lalu, sebanyak 52,615 akaun skim itu dibuka dengan jumlah deposit sebanyak RM19.9 juta dan jumlah manfaat perlindungan takaful sehingga RM2.3 bilion.

"Di bawah produk SSPN-i Plus, PTPTN menawarkan enam pakej simpanan yang bermula daripada RM30 sehingga RM500 sebulan," katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Manfaat Perlindungan Takaful kepada Mohammad Ilyas Nasir di Anjung Cakna Komuniti di Paya Bunga Square, di sini, tengah hari tadi.

Turut hadir Timbalan Ketua Eksekutif PTPTN, Mastura Mohd Khalid, Pengurus Besar Kanan Jabatan Pemasaran dan Komunikasi Strategik, Abdul Ghaffar Yusop, Pengurus Besar Pembangunan Perniagaan Hong Leong MISG Takaful, Yassir Azlin Abdul Ghafar dan Pengurus Besar PTPTN negeri, Azizah Nasik.

Mohammad Ilyas adalah anak kepada bekas pegawai Petronas, Nasir Ali yang meninggal dunia pada Ogos tahun lalu. Sebelum meninggal dunia, Nasir membuka akaun SSPN-i Plus di bawah pakej berlian dengan simpanan sebanyak RM500 sebulan untuk anaknya pada Jun 2015.

Dr Shamsul Anuar berkata, melalui penabungan itu, Nasir dilindungi dengan manfaat perlindungan takaful kematian biasa sebanyak RM500,000 selain khairat kematian berjumlah RM18,000 dan nilai simpanan takaful berjumlah RM1,345.51.

"Jumlah keseluruhan manfaat takaful dan khairat kematian serta nilai tunai yang diterima waris Nasir adalah sebanyak RM519,345.51," katanya.


 Daftar SSPN-i Plus Online