Cabutan Bertuah SSPN-i Plus

Semua pendeposit dari tarikh 1 Julai 2016 Sehingga 30 Jun 2017 layak untuk menyertai cabutan bertuah ini.

PERCUMA RM50 Pelajar Darjah 1 Tahun 2017

ISTIMEWA Untuk pelajar Darjah 1 Tahun 2017 akan menerima tambahan RM50 apabila Membuka akaun SSPN-i Plus. Rebut dan Daftar SEKARANG!!

Pakej Simpanan SSPN-i Plus

Pelan simpanan mampu milik di mana pakej terendah hanya RM30 iaitu Pakej Intan

Manfaat Takaful SSPN-i Plus

Dengan menyimpan dalam SSPN-i Plus, pendeposit akan mendapat perlindungan takaful bermula RM40,000 sehingga RM1 Juta.

Pilihan Tempat Untuk Membuat Simpanan Pendidikan

Perbezaan umum manfaat jika anda menyimpan di Bank, Akaun Pelaburan, Unit Amanah Dan SSPN-i Plus

Friday, March 24, 2017

Waris Tidak Sangka Dapat Manfaat SSPN-i Plus


TIMBALAN Ketua Eksekutif (Dasar dan Operasi) PTPTN, Mastura Mohd Khalid menyerahkan cek bayaran pampasan perlindungan Takaful SSPN-i Plus berjumlah RM127,680 kepada Chai Bao Yi di Pejabat PTPTN Cawangan Kluang, hari ini. - Foto Adnan Ibrahim

KLUANG: Sebuah keluarga di daerah ini tidak menyangka akan mendapat manfaat perlindungan Takaful SSPN-i Plus berjumlah RM127,680 selepas kematian bapa mereka akibat penyakit kanser hidung pada Januari lalu.

Chai Bao Yi, 20, berkata dia langsung tidak mengetahui mendiang bapanya, Chai Kwan Boon, 46, yang bekerja sebagai mekanik mencarum SSPN-i Plus menerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sejak November 2015.

"Ayah sebelum ini tidak pernah memberitahu kami beliau ada mencarum dalam Takaful SSPN-i Plus atas nama kami tiga beradik dan kami berjanji akan memanfaatkan wang ini untuk pembelajaran kami," katanya.

Terdahulu, Bao Yi yang juga seorang guru piano ditemani ibunya, Soo Boon Siew, 47, menerima cek bayaran pampasan itu daripada Timbalan Ketua Eksekutif (Dasar dan Operasi) PTPTN, Mastura Mohd Khalid di Pejabat PTPTN Cawangan Kluang di sini, hari ini.

Sementara itu, Mastura berkata mendiang Kwan Boon membuka akaun SSPN-i Plus pada November 2015 atas nama tiga anaknya iaitu Bao Yi, Chai Jing Min, 19, dan Chai Jun Chuen, 14, di bawah pakej Zamrud dengan bayaran bulanan RM200.

"Maka dengan caruman itu, waris mendiang layak menerima manfaat perlindungan takaful (kematian biasa) sebanyak RM120,000, khairat kematian (RM7,500) bersama-sama nilai tunai simpanan takaful RM180, menjadikan jumlah keseluruhan diterima RM127,680," katanya.


 Daftar SSPN-i Plus Online