Cabutan Bertuah SSPN-i Plus

Semua pendeposit dari tarikh 1 Julai 2016 Sehingga 30 Jun 2017 layak untuk menyertai cabutan bertuah ini.

PERCUMA RM50 Pelajar Darjah 1 Tahun 2017

ISTIMEWA Untuk pelajar Darjah 1 Tahun 2017 akan menerima tambahan RM50 apabila Membuka akaun SSPN-i Plus. Rebut dan Daftar SEKARANG!!

Pakej Simpanan SSPN-i Plus

Pelan simpanan mampu milik di mana pakej terendah hanya RM30 iaitu Pakej Intan

Manfaat Takaful SSPN-i Plus

Dengan menyimpan dalam SSPN-i Plus, pendeposit akan mendapat perlindungan takaful bermula RM40,000 sehingga RM1 Juta.

Pilihan Tempat Untuk Membuat Simpanan Pendidikan

Perbezaan umum manfaat jika anda menyimpan di Bank, Akaun Pelaburan, Unit Amanah Dan SSPN-i Plus

Tuesday, August 1, 2017

15 Sebab Kenapa SSPN-i Plus Adalah Pelan Simpanan Pendidikan Terbaik!



1. Pelepasan Cukai Pendapatan
Berita baik untuk warganegara Malaysia yang membayar cukai kepada LHDN. Anda layak membuat tuntutan pelepasan Cukai LHDN dengan nilai maksima sehingga RM12,000.00 setahun

2. Dividen Simpanan Kompetitif
Pada tahun 2013 dan 2014, kadar dividen SSPN-i yang diumumkan oleh PTPTN adalah sebanyak 4.25%. Untuk tahun 2015 jumlah dividen yang diagihkan adalah sebanyak RM60.8 juta kepada semua pendeposit pada kadar 4% untuk setiap akaun yang dibuka.

3. Simpanan Dijamin
Kerajaan Kerajaan Malaysia akan menggantikan semula wang anda sekiranya organisasi SSPN-i atau PTPTN ditutup, disahkan bankrap atau mengalami kerugian. Oleh itu deposit di SSPN-i tidak lebur begitu sahaja seperti nasib yang berlaku kepada peserta Skim Cepat Kaya.

4. Manfaat Takaful
Dengan adanya manfaat takaful, belanja pendidikan anak dapat dilindungi dengan pampasan wang ringgit sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini kepada pendeposit.

5. Perlindungan Takaful SSPN-i Plus Sehingga RM1 JUTA
Pelan Pakej Berlian memberikan manfaat sehingga RM1,000,000.00 sekiranya berlaku kematian ke atas pendeposit.

6. Cabutan Wow SSPN-i Plus
Hadiah sehingga RM500,000 untuk dimenangi. Hadiah utama RM100,000 untuk cabutan PTPTN 20 Tahun

7. Simpanan Patuh Syariah
Status halal bagi produk simpanan dan takaful SSPN-i Plus telah mendapat pengesahan syariah oleh Islamic Banking and Financial Institution of Malaysia (IBFIM).

8. Khairat Kematian – (funeral expenses)

Sebanyak RM2,500.00 hingga RM18,000.00 diperuntukkan untuk khairat kematian yang meliputi pendeposit atau ahli keluarga terdekat. Untuk makluman – khairat kematian tersebut melindungi pendeposit, pasangan dan termsuk sehingga 3 orang anak.

9. Elaun Harian Hospital
Pendeposit layak menerima RM20 hingga RM200 elaun harian hospital berdasarkan pelan yang diambil sekiranya terpaksa bermalam di mana-mana hospital.

10. Takaful – Tidak Perlu Pemeriksaan Kesihatan
Secara umumnya bakal perserta tidak dikehendaki membuat pemeriksaan kesihatan untuk melayakkan diri untuk manfaat takaful. Walau bagaimanapun perserta dikehendaki menjawab 3 soalan untuk Pakej Berlian. Sekiranya terdapat “Ya” di antara soalan tersebut, pemohon dikehendaki memilih pakej lain.

11. Layak Memohon Pinjaman PTPTN
Pihak PTPTN telah menetapkan syarat pembukaan akaun SSPN sebagai syarat kelayakan pinjaman pendidikan.

12. Serendah RM30 Sebulan
Jumlah deposit minimum bulanan adalah serendah RM30. Oleh itu dengan formula simpanan RM1 sehari, pendeposit boleh menyimpan sambil menerima manfaat takaful.

13. Kad Kredit & FPX diterima
Buka akaun secara mudah pada bila-bila masa dengan kaedah pembayaran on-line. Bayaran bulanan melalui kad kredit atau perbankan internet FPX diterima.

14. Simpan Konsisten – Potongan Gaji / Auto-debit
(Tips tekini!) Bina tabung pendidikan anak anda dengan konsisten tanpa perlu urusan setiap bulan – Dengan menyatakan maklumat potongan gaji atau no akaun bank – SSPN-i Plus adalah setup & forget.

15. Jaminan Wang Dikembalikan
(Tips!) Sekiranya berubahh fikiran. Anda boleh menutup akaun dalam masa 15 hari. Pulangan deposit 100%.



 Daftar SSPN-i Plus Online