Cabutan Bertuah SSPN-i Plus

Semua pendeposit dari tarikh 1 Julai 2016 Sehingga 30 Jun 2017 layak untuk menyertai cabutan bertuah ini.

PERCUMA RM50 Pelajar Darjah 1 Tahun 2017

ISTIMEWA Untuk pelajar Darjah 1 Tahun 2017 akan menerima tambahan RM50 apabila Membuka akaun SSPN-i Plus. Rebut dan Daftar SEKARANG!!

Pakej Simpanan SSPN-i Plus

Pelan simpanan mampu milik di mana pakej terendah hanya RM30 iaitu Pakej Intan

Manfaat Takaful SSPN-i Plus

Dengan menyimpan dalam SSPN-i Plus, pendeposit akan mendapat perlindungan takaful bermula RM40,000 sehingga RM1 Juta.

Pilihan Tempat Untuk Membuat Simpanan Pendidikan

Perbezaan umum manfaat jika anda menyimpan di Bank, Akaun Pelaburan, Unit Amanah Dan SSPN-i Plus

Saturday, December 3, 2016

SSPN-i Plus Beri Kelebihan Kepada Pendeposit


PENERBIT Eksekutif Jabatan Faktual dan Dokumentari, Primeworks Studios Sdn Bhd, Norzie Pak Wan Chik


KUALA LUMPUR: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dengan inisiatif baharu menambahbaik simpanan SSPN-i kepada SSPN-i Plus bagi memberi kelebihan yang pelbagai kepada pengguna.

Pelan simpanan ini mewujudkan beberapa variasi keistimewaan dan manfaat bagi menggalakkan orang awam menyertai pelan perancangan pendidikan masa hadapan ini.

Penerbit Eksekutif Jabatan Faktual dan Dokumentari, Primeworks Studios Sdn Bhd, Norzie Pak Wan Chik, yang baru sahaja menyertai pelan ini berkata, dia tertarik dengan keistimewaan dan manfaat yang diperoleh melalui skim simpanan pendidikan ini.

"Kesedaran untuk mengambil langkah ini timbul daripada banyak membaca dan didedahkan kepada perkembangan semasa membabitkan kumpulan pelajar dan graduan serta kekangan kuota biasiswa dan pembiayaan pendidikan tinggi negara dalam suasana ekonomi hari ini yang mencabar.

"Saya yang mempunyai empat anak berumur antara 3 hingga 10 tahun melihat pelan simpanan ini sebagai satu langkah persediaan menghadapi kesukaran apabila anak-anak saya bakal melanjutkan pengajian pada peringkat tinggi kerana sudah pasti menelan perbelanjaan yang banyak.

"Sebagai ibu bapa saya tidak mahu bergantung harap kepada pinjaman pendidikan semata-mata tanpa berusaha mencari kaedah lain yang mampu membantu ibu bapa mendapat insentif lain seperti perlindungan insurans dan dividen sebagaimana ditawarkan PTPTN," katanya kepada BH. 

Menariknya apabila ditanya mengapa pelan ini menjadi pilihan, Norzie menjawab terdapat banyak faedah yang bakal diperolehi bukan sahaja untuk anaknya tetapi kepada ibu bapa juga.

"Kami sebagai ibu bapa memperoleh manfaat antaranya menikmati pelepasan taksiran cukai sehingga RM12,000 dan setiap simpanan yang dilakukan akan mendapat dividen yang kompetitif. 

Perlindungan takaful  

"Di situ sahaja saya melihat penjimatan perbelanjaan yang sangat besar untuk saya dan suami.

"Skim ini juga menawarkan perlindungan takaful serta khairat kematian dan yang paling penting patuh syariah. Dengan perlindungan takaful, sekiranya sesuatu yang tidak diduga berlaku kepada saya, masa depan mereka masih terjamin," katanya.

Ditanya nasihatnya kepada ibu bapa lain, Norzie berkata, beliau sudah mengajak beberapa rakannya yang mempunyai anak kecil untuk sama-sama mula menabung.

"Apa yang membimbangkan kami ialah jika sebagai ibu bapa kami tidak membuat persediaan ini untuk anak-anak, kamilah yang akan bertanggungjawab menidakkan hak mereka untuk melanjutkan pendidikan di masa hadapan.

Ambil langkah proaktif

"Sebagai Bumiputera, kita perlu mengambil langkah proaktif dan tidak lagi terlalu bergantung dengan biasiswa atau bantuan penuh kerajaan kerana kita tahu masa depan yang menanti sangat mencabar dan kompetitif," katanya.

Norzie berkata, ibu bapa perlu meminimumkan sebanyak mungkin rintangan yang mungkin menyukarkan anak-anak melanjutkan pengajian ke menara gading.

"Skim simpanan pendidikan SSPN-i Plus adalah skim simpanan untuk masyarakat Malaysia. Jangan lepaskan peluang yang sudah tersedia," katanya.


 Daftar SSPN-i Plus Online

Monday, November 28, 2016

PTPTN Laksana Promosi Agresif SSPN-i Plus


PENGERUSI PTPTN, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah(dua dari kanan), Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Fauzi Zahari (tiga dari kanan) dan Ketua Eksekutif PTPTN, Wan Ahmad Wan Yusoff (kanan) melancarkan Majlis Penyampaian Hadiah Cabutan WOW! SSPN-i Plus dan Anugerah Ejen Online Suku Tahun Siri Pertama 2016/2017. - Foto Rosela Ismail

Kuala Lumpur: Dalam usaha mendekatkan lagi dengan masyarakat, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengorak langkah menganjurkan Hari Mesra Pelanggan PTPTN buat julung kalinya secara serentak di seluruh negara, kelmarin.

Selain menyediakan pelbagai aktiviti, PTPTN turut dapat menyampaikan maklumat secara terus kepada masyarakat terutama produk baharu, SSPN-i Plus yang menawarkan simpanan masa depan untuk pendidikan selain turut menyediakan perlindungan takaful yang murah.

Malah, ia bukan hanya sekadar menawarkan simpanan dan perlindungan takaful, SSPN-i Plus juga satu-satunya pelan simpanan yang mempunyai pelepasan taksiran cukai sehingga RM12,000.

Bagi menggalakkan penabungan, PTPTN turut melaksanakan Cabutan Wow! SSPN-i Plus dengan menawarkan lebih 300 hadiah menarik bernilai RM1.5 juta untuk dimenangi termasuk Proton Perdana, Toyota Vios, Honda Jazz, motosikal Kawasaki serta hadiah sagu hati RM2,000.

Pengerusi PTPTN, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah, berkata kewujudan SSPN-i Plus sememangnya menepati cita rasa kebanyakan masyarakat di negara ini terutama yang beragama Islam kerana ia adalah skim simpanan takaful yang sentiasa berpandukan kepada sistem kewangan patuh syariah. 

"Mereka bukan sahaja melabur untuk tujuan pendidikan, namun turut memperoleh dividen amat kompetitif sebanyak empat peratus tahun lalu," katanya selepas merasmikan Majlis Penyampaian Hadiah Cabutan Wow! dan Anugerah Ejen Online Suku Tahun Siri Pertama 2016/2017 serta Hari Mesra Pelanggan PTPTN di sini, Sabtu lalu.

Menang Cabutan Wow

Pada majlis itu, pendeposit SSPN-i Plus, Tan Yee Wai, 56, memenangi Cabutan Wow! Suku Tahunan dengan membawa pulang Honda Jazz, sementara tiga lagi pendeposit memperoleh wang sagu hati, RM2,000. Yee Wai yang berasal dari Skudai, Johor tidak menyangka beliau memperoleh hadiah utama berkenaan kerana baru saja membuka akaun SSPN-i Plus untuk anak sulungnya.

"Semua ini umpama mimpi buat saya kerana langsung tidak menjangkakan berita baik berkenaan. Saya sangat bangga dengan PTPTN kerana bukan saja menawarkan simpanan, perlindungan takaful serta pelepasan taksiran cukai, malah turut menyediakan cabutan hadiah untuk menggalakkan masyarakat menabung.

Selaras dengan dunia teknologi tanpa sempadan, PTPTN secara agresif memperkenalkan program pemasaran bagi produk simpanan SSPN-i Plus melalui ejen atas talian. 

Bagi Anugerah Ejen Online, Taufik Ismail, 34, seorang pengurus Teknologi Maklumat berasal dari Perlis menjadi ejen terbaik bagi pencapaian suku tahun apabila berjaya mencapai sebanyak 500 pembukaan akaun baharu SSPN-i Plus dengan sejumlah RM30,000 deposit terkumpul sejak Julai lalu.

"Saya mula tertarik menyertai Ejen Online PTPTN apabila mendengar iklan di radio dengan tawaran 25 peratus komisen daripada setiap pembukaan akaun SSPN-i Plus.

Saya hanya meluangkan masa sekitar dua jam saja setiap hari untuk mengiklankan produk PTPTN ini menggunakan enjin carian Google serta Yahoo.

"Pekerjaan ini sangat mudah kerana kita hanya perlu mempromosikan keistimewaan produk SSPN-i Plus dalam usaha mendapatkan lebih ramai pelanggan. Bukan hanya komisen, kita juga berpeluang memenangi hadiah berupa pakej percutian ke luar negara bagi pencapaian tahunan dan wang tunai RM1,000 bagi pencapaian suku tahun," katanya.

Sementara itu, seorang pendeposit, Seriwati Mat Alsharri, 35, berkata usaha PTPTN mengadakan program berkenaan di pasar raya sangat bagus dalam memperkenalkan SSPN-i Plus kerana membolehkan lebih ramai masyarakat memahami dan mengetahui keistimewaan produk berkenaan.

"Dengan cara ini, orang ramai yang sedang membeli belah boleh singgah untuk mendapatkan maklumat lanjut serta terus membuka akaun untuk anak mereka," katanya yang membuka akaun SSPN-i Plus untuk dua anaknya.


 Daftar SSPN-i Plus Online

Sunday, September 25, 2016

Cabutan Hadiah RM1.5 Juta Untuk Penyimpan SSPN-i Plus


IDRIS (tiga dari kanan) diiringi Wan Ahmad (empat dari kanan) menyampaikan hadiah kepada pemenang aktiviti kanak-kanak pada Majlis Jalinan Mesra PTPTN-Besut di Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Besut. - Foto Rozainah Zakaria


JERTIH: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menawarkan cabutan hadiah keseluruhan bernilai RM1.5 juta untuk penyimpan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN). 

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata hadiah berkenaan ditawarkan bertujuan menggalakkan pelajar dan ibu bapa menabung untuk anak mereka dalam SSPN-i Plus, yang diperkenalkan PTPTN pada Jun tahun lalu.

Beliau berkata, sejak dilancarkan hingga kini, sebanyak 22,901 akaun SSPN-i Plus dibuka dan aktif dengan jumlah deposit simpanan RM6.9 juta serta jumlah perlindungan takaful hingga RM1.7 bilion. 

SSPN-i Plus adalah satu skim atau pelan simpanan yang direka PTPTN untuk penabungan bagi tujuan pendidikan tinggi yang sudah ditambahbaik dengan perlindungan takaful yang murah dan komprehensif, berbanding SSPN-i sedia ada.

"Katanya, cabutan bertuah SSPN-i Plus turut menawarkan hadiah kereta termasuk PROTON Perdana, TOYOTA Vios, HONDA Jazz dan wang tunai RM2,000 dengan cabutan bertuah siri pertama akan tamat pada 30 September ini.

"Ibu bapa yang menyertai program tabungan SSPN juga diberikan pelepasan taksiran cukai hingga RM12,000 setahun," katanya selepas Majlis Jalinan Mesra PTPTN di Sekolah Menengah Imtiaz Besut, di sini, hari ini.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera, Mohd Mahdi Musa dan Ketua Eksekutif PTPTN, Wan Ahmad Wan Yusof.

Pada majlis itu seramai 233 pelajar cemerlang dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dari Besut turut menerima sumbangan tanggungjawab sosial korporat (CSR) daripada PTPTN untuk pembukaan/ penambahan akaun SSPN-i/ SSPN-i Plus berjumlah RM23,300.


 Daftar SSPN-i Plus Online